PERKHIDMATAN

TANGAN

PERKHIDMATAN JURUBAHASA ISYARAT

Khidmat Jurubahasa Isyarat adalah penting bagi golongan warga Pekak kerana kehadiran khidmat ini membantu bagi mengurangkan jurang komunikasi antara warga Pekak dan bukan Pekak.

Jurubahasa Isyarat ialah seseorang yang memberikan perkhidmatan secara profesional yang bersikap berkecuali, tidak berat sebelah, menyimpan segala rahsia serta membantu menyelesaikan masalah atau halangan komunikasi warga Pekak tidak kira di mana-mana sahaja termasuk dalam bidang perubatan, pendidikan, keagamaan, hal-hal peribadi serta urusan rasmi dan tidak rasmi

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  1. Permohonan biasa hendaklah dibuat minima 3 hari sebelum perkhidmatan diperlukan
  2. Borang mesti diisi secara jelas seperti tarikh, masa, tempat, tujuan, serta keperluan Bahasa Isyarat yang diperlukan ( BIM/MySL, ASL, SEE, KTBM, Lain-lain)
  3. Sekiranya memerlukan perkhidmatan Jurubahasa Isyarat bagi upacara perasmian,
    persidangan, mesyuarat atau seminar, sila berikan teks ucapan atau kertas kerja
    berkaitan kepada Jurubahasa Isyarat dalam masa 1 minggu sebelum dari tarikh tersebut
  4. Jurubahasa Isyarat mampu memberikan perkhidmatan yang jelas dan baik bagi
    kumpulan 50 orang pekak. Sekiranya jumlah tersebut lebih dari 50, barco adalah
    diperlukan
  5. Minima masa mendapatkan perkhidmatan seorang Jurubahasa Isyarat ialah 2 jam.
  6. Jumlah Jurubahasa Isyarat bertauliah adalah terhad dan Jurubahasa Isyarat mempunyai hak untuk menolak sebarang permohonan sekiranya tidak mengikut peraturan yang ditetapkan
  7. Di akhir perkhidmatan, sila isikan borang laporan dan penilaian perkhidmatan
    Jurubahasa Isyarat yang disediakan bagi rekod kami

borang jurubahasa isyarat baru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

MALAYSIAN ASSOCIATION OF SIGN LANGUAGE INTERPRETER ( MyASLI)